Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Penasihat Dana Wakaf Tunai Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Alhamdulillah. 17 Januari 2025 | Jumaat, SS YB Dato’ Haji Yahya Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor telah selesai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Penasihat Dana Wakaf Tunai Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Turut hadir YB Professor Dato’ Ts.Ir.Dr.Ruzairi Bin Abdul Rahim Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ (Dr) Hj Nooh Bin Gadot, Penasihat MAINJ dan Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkasa pembangunan institusi dan memastikan kelangsungan sokongan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Dana ini akan terus menjadi platform yang kukuh untuk mencapai matlamat tersebut.

 

Lawatan Ke Masjid Pekan Tampok, Benut Pontian, Johor

Alhamdulillah, pada hari ini 15 Januari 2025 , Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan baik pulih Masjid Pekan Tampok, Benut Pontian.

Lawatan ini diketuai oleh SF Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa.

Lawatan disambut oleh pegawai bersama Jawatankuasa masjid bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan baik pulih masjid telah dipatuhi.

 

 

Lawatan Mufti Johor Ke Masjid Jamek Kg Parit Sempadan Darat, Parit Raja, Johor

Khamis | 9 Januari 2025 Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan baik pulih Masjid Jamek Kg Parit Sempadan Darat, Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Lawatan diketuai oleh SS YB Dato’ Hj Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, Pegawai serta kakitangan Jabatan Mufti Johor. Turut hadir bersama As-Syeikh Tuan Haji Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Batu Pahat, YB Puan Hjh Nor Rashidah binti Hj Ramli, Adun Parit Raja, Ketua Kampung dan J/K Masjid Jamek Pt Sempadan.

Tujuan lawatan adalah bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan baik pulih masjid telah dipatuhi.

 

Kunjung Hormat SS YB Dato’ Mufti Negeri Johor Ke Pejabat Mufti Negara Singapura

Alhamdulillah kesyukuran dirakamkan kepada Allah Subhanahu WaTa’ala, semalam 19 Ogos 2024, Jabatan Mufti Johor dapat melaksanakan kunjung hormat ke Pejabat Mufti Negara Singapura. Kunjung Hormat diketuai oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor bersama 9 orang delegasi.

Delegasi Jabatan Mufti Johor telah disambut oleh SS Dr. Naziruddin bin MD Nasir Mufti Negara Singapura bersama pegawai-pegawai Pejabat Mufti Negara Singapura.

Delegasi telah dibawa melawat galeri pameran MUIS dan Falak. Delegasi juga telah diberi taklimat berkaitan MUIS, pengurusan fatwa dan falak di Singapura. Kunjung hormat pada kali ini memfokuskan perbincangan berkaitan pengurusan falak antara kedua-dua pihak.
Kunjung hormat ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-339 Bil 4/2024

Pada hari Rabu 24 Julai 2024 bersamaan 18 Muharram 1446H, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor kali ke 339 Bil 4/2024 bertempat di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour,Iskandar Puteri Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, bersama-sama 9 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor termasuk Setiausaha.
Pembentangan daripada Persatuan Anatomi Malaysia berkenaan “Silent Mentor” dibentangkan oleh Prof Madya Dr Madihah binti Rushidi (Timbalan Presiden Persatuan Anatomi Malaysia (MAA).
Pembentangan daripada Pengarah Institut Ahli Sunnah wal Jama’ah UTHM berkenaan dengan Garis Panduan Kuda Kepang di Negeri Johor dibentangkan oleh Ustaz Haji Mustafa Hayudin bin Abdul Khalim (Pengarah Institut Ahli Sunnah Jamaah (ISWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Dr Zainatul Nadra binti Zainol (Pensyarah Kanan Institut Ahli Sunnah Jamaah).

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Polis Negeri Johor

RABU 6 Jun 2024 bersamaan 27 Zulkaedah 1445H
Alhamdulillah pada 6 Jun 2024 (rabu) bersamaan 27 Zulkaedah 1445H, Jabatan Mufti Johor berbesar hati telah menerima kunjungan hormat daripada YDH DCP Afandi bin Senin, Timbalan Ketua Polis Negeri Johor dan Ustaz Mohd. Zamri bin Husin, Ketua Cawangan Agama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Kontijen Polis Johor serta ditemani As-Syeikh Tuan Hj Mohd Zaini bin Mohd Saleh di Jabatan Mufti Johor yang disambut oleh Sohibus Samahah Y.B. Dato’ Hj Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor.
Di dalam pertemuan tersebut, Mufti Negeri Johor telah menyerahkan Sijil Fatwa berkenaan Kes Serangan yang terjadi di Balai Polis Ulu Tiram baru-baru ini kepada Timbalan Ketua Polis Negeri Johor.

Mesyuarat Fatwa Negeri Johor Kali Ke-336 Bil 1/2024

Pada Selasa 6 Februari 2024 bersamaan 25 Rejab 1445H, telah diadakan Mesyuarat Fatwa Negeri Johor kali ke 336 Bil 1/2024 bertempat di Hotel Impiana, Senai Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, bersama-sama 9 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor termasuk Setiausaha.

Mufti Bersama Masyarakat di Daerah Kluang

MACHAP, 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445. Jelajah Program Mufti bersama masyarakat memasuki kali ke 2 untuk tahun 2024 dan kali ini telah berkunjung ke Masjid Ubudiyyah Kampung Seri Machap, Simpang Renggam.
Disebelah siang warga kerja Jabatan Mufti Johor bersama pegawai pentafsir daerah/imam daerah yg mewakili Persatuan Pegawai Agama Islam Negeri Johor bergotong-royong memasak bubur lambuk resepi istimewa ” Teluk Belangah” untuk diedarkan kepada masyarakat setempat. Manakala disebelah malam pula hadirin berpeluang untuk berbuka puasa bersama Timbalan Mufti Negeri Johor dan warga kerja Jabatan Mufti Johor.
Majlis dimulai dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Syaker Naim bin Aris, Imam Daerah Kluang dan seterusnya Tausiah yang disampaikan oleh Sohibus Somahah YB. Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor. Turut hadir dalam majlis ini Assyeikh Haji Sabaruddin Bin Isnin Kadi daerah kluang,
Encik Razak Bin Saroni Ketua Kampung Perak dan rangkaian, Haji Zainal bin ahmad pengerusi masjid dan ahli kariah setempat.
Dalam majlis ini seramai 80 orang asnaf telah diraikan dengan penyampaian tunai bantuan hari raya dan bungkusan keperluan asas daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Dalam majlis tersebut juga seramai 10 orang anak yatim telah diraikan dengan pemberian duit raya yang disediakan oleh pihak masjid. Semoga dengan sedikit sumbangan ini mampu memberikan sinar kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma nanti.

Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Jabatan Mufti Johor

Alhamdulillah pada 5 Feb 2024 (Isnin) bersamaan 24 Rejab 1445H, Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan rasmi ke daerah Kluang Johor bagi menyempurnakan 2 permohonan fatwa :-
1. Permohonan Fatwa mendirikan solat jumaat di Surau Jannatul al-Khaidari Pusat Reintegrasi Penghuni Kluang.
2. Permohonan Fatwa membina dan menyiapkan sebuah bangunan masjid di Taman Tiara Perdana Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam Kluang Johor.

Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Oleh YB SS Dato’ Timbalan Mufti Negeri Johor Di Dalam Permohonan Fatwa Pembukaan Tapak Perkuburan Islam Bandar Sri Impian, Kluang Johor

Alhamdulillah pada 23 Januari 2024 (Selasa) bersamaan 11 Rejab 1445H-Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan rasmi ke Kluang Johor untuk Permohonan Fatwa Pembukaan Tapak Wakaf Perkuburan Islam di Bandar Sri Impian, Kluang yang diketuai YB SS Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Negeri Johor), SF Tuan Hj. Baharin bin Jalal (Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa) bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor.