Bengkel Penyusunan Buku Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor Siri 1
Pada 6-8 Febuari 2022 Ahad hingga Selasa bersamaan 4-6 Rejab 1443H Bengkel Penyusunan Buku Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor Siri 1 telah membuat aktivit penyusunan buku di Bilik Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Azhar bin Samadun Ketua Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa dan telah dihadiri oleh Ustazah Hajah Zanariah binti Mohd Don Pegawai Hal Ehwal Unit Buhuth dan wakil setiap bahagian.
Penyusunan buku Pusat Sumber disusun mengikut kategori-kategori dan disusun rapi di rak-rak yang telah disediakan. Buku-buku yang telah pasti disusun mengikut tajuk-tajuk yang telah diasingkan dan dilabelkan di bahagian rak buku. Ini bagi memudahkan kakitangan dalam mencari buku-buku sebagai panduan dan rujukan.