Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025
Jabatan Mufti Johor telah menganjurkan sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025, serta meraikan pertukaran pegawai dan bakal jemaah haji tahun 1447H di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru pada 29 April 2026 yang lalu. Sambutan secara sederhana tetapi meriah telah disempurnakan oleh SS YB Dato’ Hj. Yahya bin Hj. Ahmad (Mufti Negeri Johor) dengan kehadiran SS YB Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor), serta seluruh warga kerja Jabatan Mufti Johor.
Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 :
Tn. Hj. Baharin bin Jalal
Ustaz Muhammad Noh bin Mustaffa, dan
Puan Suriati binti Mohd. Lina
Seluruh warga kerja Jabatan Mufti Johor turut meraikan keberangkatan Ustaz Fakhrurrazi bin Yusof ke tanah suci pada 07 Mei 2026 untuk mengerjakan ibadah haji dan seterusnya menjadi salah seorang Pembimbing Haji bagi Rombongan Kerajaan Johor pada tahun ini.
Pada masa yang sama, Jabatan Mufti Johor turut meraikan En. Zailani bin Abd. Aziz yang telah bertukar ke Jabatan Kerja Raya Negeri Johor berkuatkuasa pada 03 Februari 2026 yang lalu.
Semoga penganjuran program seumpama ini menjadi pemangkin semangat kepada keseluruhan warga kerja, untuk terus berkhidmat dalam situasi tenang, gembira dan saling bekerjasama.












Hari Ini : 32
Bulan Ini : 653
Tahun Ini : 15116
Jumlah Pengunjung : 238767