Lawatan Tapak Bagi Permohonan Fatwa Di Daerah Pontian
LAWATAN TAPAK BAGI PERMOHONAN FATWA DI DAERAH PONTIAN
Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah turun padang bagi melaksanakan lawatan tapak dan penilaian permohonan fatwa melibatkan beberapa buah surau dan tanah perkuburan di Daerah Pontian.
Lawatan penilaian ini merangkumi lokasi-lokasi berikut:
1. Surau Parit Tegong, Pontian – Permohonan fatwa kebenaran membina semula bangunan surau.
2. Surau Tengah, Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian – Permohonan fatwa kebenaran membina semula bangunan surau.
3. Surau Kampung Parit Jelutong Darat, Pontian – Permohonan fatwa kebenaran membina semula bangunan surau.
4. Tanah Perkuburan Islam Kampung Rimba Terjun, Pontian – Permohonan fatwa bagi urusan pemindahan kubur.
Lawatan ini diketuai oleh Sahibul Fadhilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor. Lawatan ini disambut oleh wakil pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Pontian, wakil pegawai Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ serta jawatankuasa surau yang terlibat.
Tujuan lawatan ini amat penting bagi memastikan setiap aspek syarak, keselamatan, dan kebajikan masyarakat setempat diperhalusi dengan teliti sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Semoga usaha ini dipermudahkan dan membawa keberkatan kepada ummah.








