Program Pengukuhan Akidah Peringkat Sekolah Menengah Sultan Ismail
PROGRAM PENGUKUHAN AKIDAH PERINGKAT SEKOLAH
SMK Sultan Ismail Jb (SSI), Johor Bahru
Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Program Pengukuhan Akidah Peringkat Sekolah di SMK Sultan Ismail (SSI), Johor Bahru.
Program ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Samsul Akram bin Alias, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Johor.
Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan akidah dalam kalangan para pelajar, khususnya berteraskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, di samping membimbing generasi muda agar mempunyai pegangan agama yang kukuh dalam menghadapi cabaran semasa.
Jabatan Mufti Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan, para guru serta seluruh warga SMK Sultan Ismail atas kerjasama, sambutan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dalam usaha bersama memperkukuh kefahaman agama serta membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak dan teguh pegangan akidah.
Terima kasih atas segala kerjasama dan layanan yang diberikan. Semoga Allah SWT membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
#JabatanMuftiJohor #ProgramPengukuhanAkidah #AkidahAhliSunnahWalJamaah #SMKSultanIsmail #SSI #JohorBahru #GenerasiMuda #PendidikanIslam



