Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Mufti Negeri Johor Ke Surau Al-irsyad, Politeknik Mersing
πππππππ πππ ππππππππ πππππ πππ ππ ππππππ πππππ ππ πππππ ππ-ππππππ, ππππππππππ πππππππ
ππ πππππππππ ππππ | ππππππ | πππππππ, πππππ
Sahibus Samahah Mufti Negeri Johor, SS YB Datoβ Haji Yahya bin Ahmad bersama rombongan telah mengadakan lawatan dan tinjauan rasmi ke Surau Al-Irsyad, Politeknik Mersing bersempena permohonan fatwa berkaitan kebenaran melaksanakan Solat Fardhu Jumaat di surau berkenaan.Β
Ketibaan Sahibus Samahah Mufti Negeri Johor telah disambut oleh Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Dr. Robert@Kerk Swee Tian bersama pihak pengurusan. Lawatan dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan permohonan di Bilik Persidangan sebelum diteruskan dengan tinjauan ke Surau Al-Irsyad dan kawasan persekitarannya.
Semoga lawatan dan tinjauan ini memberikan gambaran yang lebih jelas dalam proses penelitian permohonan tersebut serta memberi manfaat kepada warga Politeknik Mersing dan masyarakat setempat.
#JabatanMuftiNegeriJohor #MuftiJohor #PoliteknikMersingΒ #SurauAlIrsyad #SolatJumaatΒ




