Jabatan Mufti Johor Hadiri Mesyuarat JKPPF Kali Ke-14 Di Langkawi
πππππππ πππ ππ πππππ ππππππ πππππππππ πππππ ππππ ππ-ππ ππ ππππππππ
8 β 10 September 2026 | LANGKAWI β Jabatan Mufti Johor telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF) Kali Ke-14 Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September 2026 bertempat di Adya Hotel, Langkawi, Kedah Darul Aman.
Jabatan Mufti Johor telah diwakili oleh Sahibus Samahah Yang Berhormat Datoβ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor dan Sahibul Fadhilah Tuan Haji Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti, Bahagian Fatwa.
Mesyuarat JKPPF merupakan platform penyelarasan dan pengukuhan kerjasama antara institusi fatwa negeri-negeri seluruh Malaysia dalam aspek pengurusan, perancangan serta pembangunan fatwa secara lebih sistematik, bersepadu dan berkesan.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan pembangunan fatwa serta isu-isu semasa yang memerlukan penelitian dari sudut hukum syarak telah dibincangkan. Perbincangan turut memberi penekanan terhadap aspek penyelarasan, tadbir urus serta usaha memperkukuh institusi fatwa agar sentiasa responsif terhadap perkembangan semasa dan keperluan masyarakat.
Penyertaan Jabatan Mufti Johor dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama serta perkongsian kepakaran bersama institusi fatwa di peringkat kebangsaan, di samping memastikan pengurusan dan pembangunan fatwa terus diperkasakan secara sistematik dan berwibawa.
Semoga segala usaha dan kesepaduan yang dibina melalui platform JKPPF ini terus diperkukuh demi memartabatkan institusi kefatwaan di Malaysia serta memperkasakan penyampaian pandangan hukum yang berautoriti, bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan kemaslahatan umat Islam.
#JabatanMuftiJohor #MuftiJohor #JKPPF #Fatwa #InstitusiFatwa #JohorDarulTazim






