Program Mufti Bersama Masyarakat Di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang
PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT DI KAMPUNG ORANG ASLI TANAH RUNTUH, KLUANG
Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor telah menjayakan Program Mufti Bersama Masyarakat pada 7 September 2026 bersamaan 25 Rabiulawal 1448H di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, Kluang, Johor.
Program yang dirasmikan oleh Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor ini bertujuan untuk:
– Kunjungan & Silaturahim
– Perkongsian Ilmu & Nasihat
– Khidmat Masyarakat
– Memperkasa Komuniti
Antara intipati program termasuklah pengukuran arah kiblat bagi rumah-rumah terpilih, program menyantuni masyarakat, kemusyikilan agama khusus buat para wanita, riadah sukaneka, Tausiah Khas oleh Mufti Negeri Johor, dan Majlis Penyerahan Sumbangan Baitulmal MAINJ.
Terima kasih kepada semua penduduk kampung, jawatankuasa dan semua pihak yang telah terlibat menjayakan program. Semoga ukhuwah yang terjalin dapat mengukuhkan lagi perpaduan ummah dan membina masyarakat yang sejahtera.








