Kunjungan Hormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Ke Jabatan Mufti Johor

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE JABATAN MUFTI JOHOR

Jabatan Mufti Johor telah menerima kunjungan hormat Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor sempena pelantikan beliau ke jawatan tersebut.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh barisan pengurusan dan warga Jabatan Mufti Johor sebagai tanda penghargaan serta mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat dalam memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Johor.

Jabatan Mufti Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor serta mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin urusan hal ehwal Islam demi kemajuan agama, bangsa dan negeri Johor.