Kunjungan Hormat Kepada SS Yb Dato’ Hj. Yahya Bin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Johor
Pada hari ini, Jumaat 14 Ogos 2026 bersamaan 01 Rabiulawal 1448H, YB Dato’ Hj. Nasri bin Md. Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah melakukan kunjungan hormat kepada SS YB Dato’ Hj. Yahya bin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Johor, bertempat di Pejabat Mufti Negeri Johor.
Kunjungan tersebut turut disertai oleh Tn. Hj. Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan SS YB Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor berserta pegawai-pegawai kanan yang berkenaan.
Kunjungan yang bermatlamat memperkukuh hubungan di antara dua jabatan yang berada di bawah naungan portfolio yang sama, diharapkan akan terus kekal terjalin erat, demi menuju matlamat membina bangsa Johor yang berpaksikan Islam.
Jabatan Mufti Johor mengucapkan penghargaan kepada YB Dato’ Hj. Nasri bin Md. Ali yang telah menabur bakti dan memberi sepenuh kerjasama di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengarah di Jabatan Agama Islam Negeri Johor.Semoga YB Dato’ akan terus komited dan bersemangat bagi menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selepas ini.
“Jika benih yang baik, ditabur ke tanah menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau.”




