Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Sekolah-sekolah Negeri Johor
Pada hari Selasa, 2 September 2025, telah berlangsung Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sekolah yang menjadi lokasi pertama pelaksanaan program ini ialah SK Bukit Hampar, Segamat dengan penyertaan seramai 154 orang pelajar.
Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Bukit Hampar, Tuan Ahmad Shamsul bin Tumijan, sebelum diteruskan dengan sesi ceramah oleh Ustaz Muhammad Syahrul bin Abd Rahman, Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Penganjuran program ini membawa visi untuk mengukuhkan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan para pelajar sekolah-sekolah di Negeri Johor, selain membina jati diri Muslim yang berpegang teguh kepada akidah yang benar serta berakhlak mulia.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga usaha ini menjadi wadah penting dalam melahirkan generasi berilmu, beriman dan beramal soleh.