Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Alhamdulillah, pada 12 September 2025 telah berlangsung Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Sekolah Kebangsaan Putra Utama.
Perkongsian telah disampaikan oleh Ustaz Fathi Amsyar bin Aidiladha, Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah, dengan sambutan yang amat baik daripada barisan pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru-guru penolong kanan. Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah Ustaz Esby Islami bin Rifai, Penolong Mufti Bahagian Fatwa, serta wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, iaitu Ustaz Erman.
Program ini disertai oleh semua murid Tahun 6, dengan harapan agar ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan kefahaman mereka dalam asas akidah Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sambutan yang diberikan dalam menjayakan program ini.