Program Mufti Menyantuni Masyarakat Dan Berbuka Puasa Di Masjid Di Masjid Jamek Pulai Sebatang, Pontian Johor

19 Mac 2025 | 18 Ramadan 1446H

Alhamdulillah. 19 Mac 2025 bersamaan 18 Ramadan 1446H. Jelajah Program Mufti Menyantuni Masyarakat kali ini telah berkunjung ke Masjid Jamek Pulai Sebatang, Pontian, Johor.

Program yang bermula jam 9.00 pagi dengan warga kerja Jabatan Mufti Johor bersama pegawai daerah/imam daerah yg mewakili Persatuan Pegawai Agama Islam Negeri Johor bergotong-royong memasak bubur lambuk resepi istimewa ” Teluk Belangah” untuk diedarkan kepada masyarakat setempat. Manakala disebelah malam pula hadirin berpeluang untuk berbuka puasa bersama Mufti Negeri Johor dan warga kerja Jabatan Mufti Johor.

Sebelum berbuka puasa majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan seterusnya Tausiah yang disampaikan oleh Sohibus Somahah YB. Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor. Turut hadir dalam majlis ini Pegawai Daerah Pontian, Timbalan Mufti Negeri Johor dan Pengerusi masjid dan ahli kariah serta penduduk setempat.

Dalam majlis ini seramai 37 orang asnaf telah diraikan dengan bungkusan keperluan asas daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Semoga dengan sedikit sumbangan ini mampu memberikan sinar kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma nanti.