Majlis Rasmi Cerapan Hilal Zulhijjah 1446H
27 Mei 2025 | Baitul Hilal, Pejabat Daerah Pontian
Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Rasmi Cerapan Hilal Zulhijjah 1446H pada 29 Zulkaedah 1446H / 27 Mei 2025M bertempat di Baitul Hilal, Pejabat Daerah Pontian.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh AF Ustaz Hj Musa bin Muda (Imam Daerah Pontian), bagi memohon keberkatan dan kelancaran dalam urusan cerapan.
Majlis dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Farid bin Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor), SS YB Dato’ Hj. Yahya bin Hj. Ahmad (Mufti Negeri Johor), YAA YB Dato Hj. Mohd Khaldun bin Mohd Sharif (Ketua Hakim Syari’e Negeri Johor), Lsr Tuan Hj, Rosli bin Mohamed (Pengarah Jab. Ukur dan Pemataan Negeri Johor), Tuan Hj. Kamaludin bin Jamal (Peg. Daerah Pontian), SS YB Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed (Timb. Mufti Johor), Tuan Hj. Hasrin Kamal bin Hashim (Ketua Peg. Eksekutif MAINJ), As-Sheikh Tuan Kadi-Kadi Daerah, wakil-wakil ketua jabatan dan tetamu jemputan.
Cerapan dilakukan menggunakan peralatan optik moden yang dikendalikan oleh pegawai Bhg. Falak Jab. Mufti Johor serta Jab. Ukur dan Pemetaan Negeri Johor bagi mencerap hilal sebagai penentu masuknya bulan Zulhijjah dalam takwim hijriah.
Pihak Jabatan Mufti Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini.















Hari Ini : 101
Bulan Ini : 1439
Tahun Ini : 83967
Jumlah Pengunjung : 222359