Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H

PONTIAN, 29 Syaaban 1446H | 28 Febuari 2025M. Telah dilaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.

Majlis telah dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Fared bin Hj. Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS Mufti Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Daerah Pontian, SS Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin serta tahlil, taklimat cerapan dan diikuti dengan rukyah hilal Ramadan.

Sejurus selepas terbenamnya bulan di ufuk barat pada jam 7.43 malam, dapatan cerapan di lokasi Pontian Kecil dilaporkan ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja oleh SS Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Johor.