Lawatan Timbalan Mufti Johor Ke Surau Al Falah Benteng Kiri, Mukim 3, Peserai, Batu Pahat, Johor

26 Mac 2025 | Rabu

Alhamdulillah Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi Surau Al-Falah Benteng Kiri, Mukim 3 Peserai, Batu Pahat, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Batu Pahat dan jawatankuasa masjid. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru surau telah dipatuhi.