Lawatan Ke Surau Taman Indah, Simpang Renggam, Kluang, Johor
Alhamdulillah, pada hari ini Selasa, 21 Januari 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan kebenaran solat jumaat di Surau Taman Indah, Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor serta pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Kluang, as-Syeikh Tuan Haji Sabarudin bin Isnin dan Imam Daerah Kluang serta jawatankuasa surau bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan kebenaran solat jumaat di surau tersebut telah dipatuhi.

















Hari Ini : 100
Bulan Ini : 1438
Tahun Ini : 83966
Jumlah Pengunjung : 222358