Lawatan ke Surau Ar-Rayyan, Taman Pulai Perdana 2, Kulai

Alhamdulillah, pada hari ini 19 Februari 2025 , Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan meroboh bangunan Surau ar-Rayyan, Taman Pulai Perdana 2, Kulai.

Lawatan ini diketuai oleh SF Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini pula disambut oleh wakil pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kulai bersama Jawatankuasa surau bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan meroboh bangunan surau telah dipatuhi.