Lawatan Ke Surau Al-Amir, Jalan Kg Batu 7, Simpang Renggam, Kluang, Johor
Alhamdulillah, pada hari ini Selasa, 21 Januari 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan penutupan Surau al-Amir, Jalan Kg. Batu 7, Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor serta pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Kluang, as-Syeikh Tuan Haji Sabarudin bin Isnin dan Imam Daerah Kluang serta jawatankuasa surau bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan penutupan surau telah dipatuhi.











Hari Ini : 68
Bulan Ini : 1566
Tahun Ini : 84094
Jumlah Pengunjung : 222486