Lawatan Ke Masjid Jamek Al-Mustaghfirin, Kg Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor
Alhamdulillah, pada hari ini Selasa, 21 Januari 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan meroboh bangunan lama di Masjid Jamek al-Mustaghfirin, Kg. Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor serta pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Kluang, as-Syeikh Tuan Haji Sabarudin bin Isnin dan Imam Daerah Kluang serta Jawatankuasa Masjid bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan merobohkan bangunan telah dipatuhi.











Hari Ini : 182
Bulan Ini : 1679
Tahun Ini : 84207
Jumlah Pengunjung : 222600