Lawatan Ke Masjid Ar-raudhah, Saleng, Kulai

27 Mac 2025 | Khamis

Alhamdulillah Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa bagi ruang solat tambahan bagi Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Masjid ar-Raudhah, Saleng, Kulai, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sohibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Imam Daerah Kulai dan jawatankuasa masjid. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan ruang solat tambahan bagi masjid ini telah dipatuhi.