Lawatan Ke Lapang Sasar Bumi Ke Udara, Tanjung Logok, Kota Tinggi, Johor

Alhamdulillah, pada hari ini Rabu, 28 Mei 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan kebenaran solat jumaat di Lapang Sasar Bumi ke Udara, Tanjung Logok, Kota Tinggi, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Kota Tinggi bersama Jawatankuasa surau tersebut bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan kebenaran solat jumaat telah dipatuhi.