Lawatan Jabatan Mufti Johor Ke Tapak Pengalihan Kubur Lama Bagi Projek RTB Sungai Johor Fasa 1 Pakej 1 Daerah Kota Tinggi
Pada hari ini, satu lawatan oleh Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor diiringi oleh Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor ke tapak pengalihan kubur lama di daerah Kota Tinggi telah diadakan bagi membincangkan isu pengalihan kubur dalam kawasan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor fasa 1 pakej 1.
Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor ini melibatkan kawasan tanah perkuburan Islam yang berada dalam jajaran projek. Berikut merupakan kubur lama yang akan dialihkan bagi memastikan projek dapat berjalan dengan lancar, mematuhi hukum syarak dan menjaga sensitiviti masyarakat:
1. Makam Danau Raja
2. Makam Cekedam
3. Tanah Perkuburan Islam Kampung Panti
4. PTD 263, Batu 16, Jalan Johor












Hari Ini : 135
Bulan Ini : 1473
Tahun Ini : 84001
Jumlah Pengunjung : 222393