Program Ihya’ Ramadan Dan Agihan Bubur Lambuk Di Masjid Jamek Nur Saadah Felda Taib Andak, Kulai
PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK DI MASJID JAMEK NUR SAADAH FELDA TAIB ANDAK, KULAI
Selasa, 3 Mac | 13 Ramadan 1447H
Alhamdulillah, Program Ihya’ Ramadan Dan Agihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Nur Saadah, Felda Taib Andak, Kulai disambut dengan penuh meriah dan semangat ukhuwah dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor, Pejabat Kadi Daerah Kulai dan AJK Masjid Nur Saadah Felda Taib Andak Kulai.
Seawal pagi, suasana meriah dengan penyediaan bubur lambuk oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor, Pejabat Kadi Daerah Kulai dan AJK Masjid Nur Saadah Felda Taib Andak sebagai simbol kebersamaan dan keberkatan Ramadan.
Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor yang menekankan supaya mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan. Program diteruskan dengan sumbangan kepada asnaf sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap mereka yang memerlukan.
Seterusnya majlis berbuka puasa, solat maghrib berjamaah dan solat sunat gerhana telah dilakukan sebagai pelengkap dalam acara program ihya ramadan kali ini.
Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi platform menyemarakkan syiar Islam serta mengukuhkan ukhuwah dalam masyarakat.















Hari Ini : 84
Bulan Ini : 925
Tahun Ini : 12367
Jumlah Pengunjung : 236018