MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI JOHOR KALI KE-348 BIL 1/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI JOHOR KALI KE-348 BIL 1/2026
23 Februari 2026 | Isnin
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor kali ke-348 telah berlangsung di Hotel Le Grandeur, Senai, Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor. Mesyuarat ini membincangkan isu-isu fatwa terkini termasuk beberapa isu dari Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah diperkenan oleh Majllis Raja-Raja untuk ditimbal guna di negeri Johor Darul Ta’zim.
Setiap keputusan yang dicapai berlandaskan sumber hukum yang disepakati serta mengambil kira maslahat ummah.
Bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, mesyuarat ini akan memandu umat Islam di Negeri Johor untuk memperkukuhkan lagi kefahaman agama Islam dan Pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Aya’irah dan al-Maturidiyah serta demi keharmonian masyarakat supaya diamalkan dan menjadi pegangan umat Islam di Negeri Johor Darul Ta’zim.











Hari Ini : 90
Bulan Ini : 1055
Tahun Ini : 12497
Jumlah Pengunjung : 236148