Soalan 1.

Mohon pencerahan,bolehkah masjid menggunakan speaker azan semasa solat, wirid selepas solat, kuliah, dan majlis zikir?

Jawapan (Bahagian Rujukan Fatwa)

Merujuk kepada garis panduan pelaksanaan Solat Jemaah 5 waktu di masjid dan surau Negeri Johor dalam tempoh PKPP menyatakan bahawa Imam bertugas menggunkan microfon dan alat pembesar suara dalam dan luar ketika solat, wirid dan doa. Justeru tiada apa halangan bagi penggunaan speaker ketika solat, wirid dan majlis zikir.

Soalan 2.

Persoalan Solat Duduk
Saya baru nak belajar solat semula selepas 13 tahun tidak solat. Saya ada masalah obesiti dan berat saya 155kg, jadi ia menjadi masalah untuk saya duduk antara dua sujud, tahyad awal dan akhir. Pertanyaan saya boleh ke saya solat duduk sementara saya berusaha untuk menurunkan berat badan?

Jawapan (Bahagian Rujukan Fatwa)

Terima kasih diatas persoalan yang diberikan kepada pihak kami.

Sebelum solat bermula, wajib berdiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah ikut keselesaan tuan bagaimana hendak duduk. Semua itu tidak membatalkan solat disebabkan beberapa keuzuran yang tuan hadapi.

Semoga penerangan ini dapat menjawab persoalan tuan.

Soalan 3

Saya merupakan seorang bakal ibu dan bakal menimang cahaya mata bulan hadapan. Saya mempunyai beberapa nama pilihan untuk anak kami tetapi saya ingin mendapatkan pandangan Arif Mufti berkenaan maksud dan ejaan yang sesuai.
Dengan siapakah saya patut berhubung. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Terima kasih.

Jawapan (Bahagian Rujukan Fatwa)

Terima kasih diatas persoalan yang diberikan.
Sila berhubung dengan pihak Jabatan Mufti Johor supaya pihak kami dapat memberikan penjelasan yang lebih baik di talian
07-226 3926. Sekian, terima kasih.

Soalan 4.

Saya ada kemusykilan berkenaan zakat emas. Adakah dikenakan zakat seseorang yang mempunyai emas (tapi tidak cukup hisab) namun apabila ditambahdengan duit simpanan di bank, ia jadi cukup nisab? Kekeliruan saya timul kerana saya merasakan emas dan duit kertas berada di dalam dua kategori yang berbeza. Mohon penjelasan.

Jawapan (Bahagian Rujukan Fatwa)

Terima kasih di atas soalan yang dikemukan.

Untuk makluman pihak tuan :
– Zakat wang simpanan dan zakat emas tidak boleh disatukan.
– Perlu dibuat pengasingan.
– Untuk zakat emas tuan boleh web Majlis Agama Islam Johor disitu ada diterangkan secara lengkap sebagai panduan untuk
membayar zakat emas.

Semoga penerangan ini dapat menjawab persoalan tuan.

Soalan 5.

HALAL @ HARAM PENDAPATAN SEBAGAI EJEN INSURANS MCIS

Seorang Ejen Insurans MCIS telah datang ke rumah saya, beliau bertanya kepada saya leih daripada 5 kali berkaitan status pendapatan sebagai EJEN INSURANS MCIS.

Soalannya berbunyi: Adakah haram pendapatan sebagai ejen Insurans MCIS? saya rasa tetekan kerana saya tiada autoriti untuk menjawab soalan tersebut, saya berpendapat beliau sedang mencari pencerahan samada HALAL@HARAM pendapatan sebagai ejen insurans MCIS kerana beliau sudah berkahwin dan bertanggungjawab mencari nafkah yang halal untuk keluarga. Oleh yang demikian, saya dengan penuh rendah hati mengharapkan pihak tuan dapat memberikan penjelasan bagi merungkai persoalan ini.

Jawapan (Rujukan Fatwa)

Untuk makluman tuan ada 2 perkara :

  1. Invensional adalah Haram
  2. Takaful adalah Halal

Dinasihatkan kepada pihak tuan untuk mengambil lesen takaful atau berpindah kepada insurans yang ada takaful untuk mendapatkan yang halal

Semoga penerangan ini dapat menjawab persoalan tuan.

Soalan 6.

Persoalan saya berkenaan satu game yang sangat popular di Malaysia iaitu PUBG Mobile. Didalam permainan tersebut ada urusniaga yang melibatkan duit dan ada pembelian item yang berkonsepkan spining wheel dan perjudian. Jadi ia menjadi satu persoalan tentang hukumnya memandangkan terlalu ramai pemain Islam kita bermain game tersebut bahkan ada yang live stream dengan istilah bakar UC atau Tikam UC tersebut. Saya sertakan penjelasan yang lenih teliti di dalam video di link ini :https://www.youtube.com/watch?v=FbfXgidku8E. Saya mengucapakan ribuan terma klasih atas perhatian pihak Mufti dan berharap dapat pencerahan berkenaan isu ini, terima kasih.

Jawapan (Rujukan Fatwa)

Hukumnya haram kerana permainan tersebut berunsur judi.

Semoga penerangan ini dapat menjawab persoalan tuan.

 

Soalan 7.

Saya Penjawat Awam yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan Malaysia. Namun saya difitnah oleh rakan sekerja, saya mohon bantuan kerohanian dari pihak Mufti untuk mendoakan kekuatan menghadapi fitnah dan memberikan perkongsaian sunnah junjungan Rasulullah untuk menghaapi fitnah tersebut.

 

Jawapan (Rujukan Fatwa)

Sila rujuk dalam Al Quran menerusi surah Al Nur, ayat 11 hingga 21 ayat tersebut baca dan faham untuk yang terkena fitnah

Beramal dengan doa yang terdapat di dalam surah yasin ayat 76 amalkan insya allah 7 tips buat mereka yang difitnah.

  1. Minta perlindungan dari Allah
  2. Kuatkan Mental
  3. Sabar
  4. Muhasabah diri
  5. Berhenti bertanya kenapa?
  6. Memaafkan orang yang buat fitnah
  7. Sangka baik dengan  musibah yang dihadapi

Semoga penerangan ini dapat menjawab persoalan tuan.