Jabatan Mufti Johor digerakkan oleh 4 bahagian utama

Bahagian Fatwa :

Bahagian Fatwa merupakan bahagian terpenting dalam struktur organisasi Jabatan Mufti Johor. Bahagian ini bertanggungjawab membuat kajian, penyelidikan dan pengeluaran fatwa serta menjawab kemusykilan agama.

Selain itu, bahagian ini juga menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Sohibus Samahah Mufti Johor dan dianggotai oleh 9 orang ahli yang pakar dalam bidang agama dan mereka dilantik serta mendapat tauliah dari DYMM Sultan.

Bahagian Rujukan :

Bahagian Rujukan Fatwa berfungsi mengemaskini bahan rujukan keagamaan di Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor serta menerbitkan risalah bagi menyebarluaskan fatwa kepada masyarakat.

Selain itu, Bahagian ini juga berperanan menyediakan akses mudah kepada masyarakat merujuk fatwa secara atas talian melalui laman web rasmi dan laman sesawang facebook Jabatan Mufti Johor

Bahagian Falak :

Bahagian Falak pula berperanan menguruskan dan memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu falak seperti penentuan awal bulan hijriah, melihat anak bulan ramadan, syawal dan zulhijjah dalam penentuan puasa, dua hari raya,  fenomena gerhana, penentuan arah kiblat dan lain-lain.

Selain itu, bahagian ini menguruskan penyediaan takwim miladi dan hijri serta waktu solat sebagai panduan kepada umat Islam di Negeri Johor.

Bahagian Khidmat Pengurusan :

Bahagian Khidmat Pengurusan melaksanakan pemantauan hal ehwal perkhidmatan, pentadbiran dan kewangan bagi semua warga kerja di Jabatan Mufti Johor. Dalam masa yang sama, Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat jabatan.

BAHASA | ENGLISH »
Skip to content