Bahagian Falak

Bahagian Falak berperanan menguruskan dan memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu falak seperti penentuan awal bulan Hijriah, melihat anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dalam penentuan puasa serta dua hari raya, fenomena gerhana, penentuan arah kiblat dan lain-lain.

  • Menyediakan takwim Hijri dan Miladi, waktu solat,imsakiah ramadhan, serta cuti am bagi Negeri Johor.
  • Menyedia dan membuat kiraan data rukyah, serta membuat cerapan hilal bagi menentukan awal bulan Hijriah dan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Rukyah Negeri Johor serta Kebangsaan.
  • Menentukan tarikh peristiwa sambutan hari kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Isra’Mikraj, Nisfu Sya’ban dan sebagainya.
  • Menyediakan data peristiwa berlakunya gerhana matahari & bulan, serta menetapkan tempoh berlakunya gerhana bagi kegunaan solat gerhana Negeri Johor.
  • Menyedia dan menentukan tarikh berlakunya peristiwa Al Istiwa’ Al A’zam.
  • Menentu dan mengesahkan arah kiblat bagi pembinaan masjid,surau dan tanah perkuburan dalam Negeri Johor.
  • Urusetia kepada Jawatankuasa Majlis melihat anak bulan bagi penentuan awal Ramadhan, Hari raya Aidilfitri serta Aidil Adha untuk dilaporakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
  • Menyediakan buku panduan yang berkaitan dengan arah kiblat, waktu solat, penentuan puasa dan hari raya, penentuan awal bulan Islam, gerhana matahari serta bulan dan seumpamanya.
  • Mengadakan penerangan dan taklimat berkaitan penentuan arah kiblat,waktu solat, kaedah rukyah kepada Pegawai Agama, Imam, Bilal, Noja dan masyarakat di Negeri Johor.