Bahagian Rujukan Fatwa

Bahagian Rujukan Fatwa berfungsi mengemaskini bahan rujukan keagamaan di Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor serta menerbitkan risalah bagi menyebarluaskan fatwa kepada masyarakat.

Selain itu, Bahagian ini juga berperanan menyediakan akses mudah kepada masyarakat merujuk fatwa secara atas talian melalui laman web rasmi dan laman sesawang facebook Jabatan Mufti Johor.

  • Memasukkan data baru fatwa negeri
  • Membangunkan system maklumat pengurusan komputer mengikut keperluan
  • Merangkan program-program perisian dan pengoperasian komputer
  • Memasukkan maklumat ke dalam pengkalan data dan bertanggungjawab terhadap keselamatan data-data
  • Penyelenggaraan sistem komputer
  • Menjalankan kajian keperluan penggunaan komputer dan khidmat kepakaran
  • Menjalankan proses mengkatalog dan mengkelas bahan-bahan perpustakaan
  • Menguruskan penjilidan, pinjaman dan pemulangan bahan-bahan di perpustakaan
  • Menerbit / mengeluar buku / majalah / pamplet / media massa berkaitan dengan fatwa dan isu semasa
  • Mengedarkan bahan-bahan penerbitan Jabatan Mufti Johor kepada orang awam
  • Mengendalikan terjemahan bahan-bahan ilmiah
  • Merakam peristiwa jabatan dalam bentuk gambar dan video