Kata Alu-aluan Mufti Negeri Johor

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah dengan taufiq ‘inayah serta keizinannya serta takdirnya jua, Jabatan Mufti Johor, telah berjaya merelisasikan laman web untuk tatapan masyarakat Islam negeri Johor ini khasnya dan seluruh umat Islam seluruh dunia.

Dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) yang serba canggih dan semankin lama semankin pesat kehadapan, kini segalanya begitu mudah hanya di hujung jari anda sahaja tanpa sempadan. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dan dikongsi bersama. Justeru, Jabatan Mufti Johor mengambil inisiatif dan inovatif serta tanggungjawab untuk memberikan pelbagai pendedahan berbentuk ilmiah dan maklumat yang tepat serta aktiviti Jabatan dengan lebih telus dan cekap bagi kemudahan masyarakat amnya.

Semoga diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan sebaiknya dan penuh hikmah, dan dapat mengemukakan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal agama Islam, mahu pun aqidah, syariah dan falak syar’ie. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat dan semoga Allah S.W.T memberkati.

Untuk akhirnya, dengan tertubuhnya Jabatan Mufti Johor ini mudahan- mudahan dapat mencapai matlamat dan harapan yang tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menjadi rujukan permasalahan agama yang tertinggi.

Sekian, wassalam.