Majlis Sesaat Bersama Seabad Terasa Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor)

Pada 10 Febuari 2022 Khamis bersamaan 8 Rejab 1443H Majlis Sesaat Bersama Seabad Terasa YB Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Segala budi baik dan sumbangan YB amat dihargai dan Jabatan Mufti Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Majlis Jasamu Dikenang Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020

Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang disempurnakan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor pada hari Rabu 10 November 2021 bersamaan 5 Rabiulakhir 1443H.

Jabatan Mufti Johor juga telah meraikan Puan Hajah Morni binti Mastri yang telah bersara pada 11 Jun 2021. Majlis juga meraikan kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 iaitu Ustazah Hajah Zanariah binti Mohd Don, Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Buhuth) dan Puan Afrizah binti Jamil Pembantu Tadbir, Bahagian Khidmat Pengurusan.

Majlis telah dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Mufti Johor yang telah diadakan di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour, Nusajaya.

Riadah Jabatan Mufti

New Folder

Meraikan Perpindahan Staf