Penentuan semula arah kiblat untuk Masjid Kg Mahmoodiah, Johor Bahru

Dahulunya bertaraf surau. Telah dibina pada tahun 1926 dan melalui beberapa fasa pembaikan sebelum akan dibina semula di tapak yang sama.

Penentuan arah kiblat telah dilakukan oleh Ustaz Hj Asri Jaafar (Ketua Unit Kiblat, Bhg Falak, Jabatan Mufti Johor)

Semoga dipermudahkan segala urusan pembinaan masjid tersebut.

Majlis Perletakan Batu Asas Pusat Astronomi Johor Pontian

Negeri Johor bakal melakar sejarah dengan adanya Perletakan Batu Asas Pusat Astronomi Johor yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Ir Haji Hasni bin Mohammad pada hari ini Isnin 15 November 2021 bersamaan 10 Rabiulakhir 1443H.

Jabatan Mufti Johor sebagai rakan strategik dalam menggerakkan idea penubuhan dan pembangunan pusat tersebut berharap agar hasrat ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Kaedah Penentuan Awal Ramadan Dan Hari Raya Di Malaysia

Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.

Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.

Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.

Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.

Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.

Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.

Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.

Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.

Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.

Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.

Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).

Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1442H/2021M

Alhamdulillah.. Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1442H/2021M telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.

Cerapan diketuai oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad (Mufti Negeri Johor) selaku  Pengerusi Jawatankuasa Ru’yah Hilal Negeri Johor.

Turut bersama YB Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi (Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor), Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor (JUPEM), Pegawai Daerah Pontian, Timbalan Mufti Negeri Johor, Kadi Daerah Pontian dan tetamu-tetamu  jemputan.

Cerapan Hilal Zulhijjah 1442H/2021M

Alhamdulillah.. Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1442H/2021M telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.

Cerapan diketuai oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad (Mufti Negeri Johor) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ru’yah Hilal Negeri Johor.

Turut bersama Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor (JUPEM), Timbalan Mufti Negeri Johor, Kadi Daerah Pontian serta urusetia majlis.

Baitul Hilal di Pontian Kecil merupakan salah satu daripada 29 tempat yang diwartakan sebagai lokasi mencerap hilal di Malaysia.

Cerapan Hilal Syawal 1442H/2021M

Alhamdulillah.. Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1442H/2021M telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.

Cerapan diketuai oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad (Mufti Negeri Johor) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ru’yah Hilal Negeri Johor.

Turut bersama YB Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi (Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor), Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor (JUPEM), Timbalan Mufti Negeri Johor, Kadi Daerah Pontian, ahli jawatankuasa rukyah serta tetamu jemputan.

Majlis Perletakan Batu Asas Pusat Astronomi Johor Pontian

Negeri Johor bakal melakar sejarah dengan adanya Perletakan Batu Asas Pusat Astronomi Johor yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Ir Haji Hasni bin Mohammad pada hari ini Isnin 15 November 2021 bersamaan 10 Rabiulakhir 1443H.
Jabatan Mufti Johor sebagai rakan strategik dalam menggerakkan idea penubuhan dan pembangunan pusat tersebut berharap agar hasrat ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Program Eksplorasi Falak 2020M & 1442H

 

 

 

Lawatan Dan Tinjauan Jabatan Mufti Johor di dalam permohonan pemindahan kubur orang Islam yang berada di atas tanah milik persendirian (1 Oktober 2020)