logo-mufti

Piagam Pelanggan

 

Dengan izin Allah S.W.T, Jabatan Mufti Johor berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti berikut :


Piagam Pelanggan Pencapaian 2016(%)
Bulan 8 Bulan 9 Bulan 10
Setiap aduan/pertanyaan secara bertulis mengenai hukum dan fatwa akan diteliti dan dijawab dalam tempoh satu minggu dari tarikh penerimaannya atau selepas Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Johor dan sekiranya perlu selepas Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor jika melibatkan urusan pewartaan;

Pengukuran :
- 1 minggu selepas pertanyaan / Selepas Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor
* Bergantung kepada aduan/pertanyaan hukum dan fatwa.
100 100 100
Sebarang Aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai sesuatu perkara yang melibatkan penyelidikan dari segi Syariah, Akidah dan isu-isu semasa berkaitan agama akan disiapkan dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan;

Pengukuran :
- 1 Bulan dari tarikh penerimaan.
100 100 100
Kami akan mengesahkan data-data mengenai Jadual Waktu Solat dan Takwim, Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak pada masa yang ditetapkan;

Pengukuran :
- Takwim : 4 Bulan Sebelum Tahun Seterusnya.
- Jadual Berbuka Puasa : 2 Bulan sebelum Ramadhan.
100 100 100
Segala permohonan bagi mendapatkan pembaca doa bagi majlis-majlis rasmi Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta,akan dijawab dalam tempoh dua hari dari tarikh penerimaan;

Pengukuran :
- 2 hari bekerja.
100 100 100
Segala baucer pembayaran berkaitan dengan kewangan akan disempurnakan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan tuntutan;

Pengukuran :
- 14 hari bekerja.
100 100 100
Surat Pesanan Pembelian Tempatan ( LPO ) dan Pesanan Perkhidmatan ( Service Order ) akan diuruskan dalam tempoh tiga ( 3 ) hari dari tarikh penerimaan.

Pengukuran :
- 3 hari bekerja.
100 100 100