logo-mufti

Bahagian Fatwa

 

Unit Istinbat


Unit Istinbat adalah bertanggungjawab untuk mengurus, menyelia dan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut :

     
  • Mengurus, menyelia dan menyediakan bahan-bahan serta hujahUnit syarie ( Al-Quran, Hadith, Qias, Ijmak dan lain-lain ) melalui pembacaan dan kajian kitab-kitab muktabar ).
  •  
  • Menjawab segala fatwa dan kemusykilan agama.
  •  
  • Menyediakan kertas kerja dan penyelidikan untuk dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Johor dan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
  •  
  • Memastikan fatwa yang dikeluarkan lengkap, kemas dan bersistematik.


Unit Buhuth


Unit Buhuth adalah bertanggungjawab untuk mengurus, menyelia dan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut :

     
  • Membuat kajian dan pemantauan hal-hal ajaran salah dan menyeleweng serta hal-hal aqidah, halal haram dan isu semasa yang ada kaitannya dengan hukum syara’ dalam masyarakat serta membuat panduan untuk pegangan mereka.
  •  
  • Membuat kajian, memantau dan mengeluarkan panduan tahap kebudayaan, adat istiadat, kepercayaan serta khurafat dalam masyarakat Islam dan menyediakan panduan-panduan untuknya.
  •  
  • Membuat kajian terhadap manuskrip lama berhubung dengan fatwa.
  •  
  • Membuat pemantauan terhadap tuduhan orientalis atau musuh-musuh Islam dengan menyediakan jawapannya.
  •  
  • Mengambil bahagian dalam Research And Development ( R&D) yang berkaitan dengan Islam.