logo-mufti

Bantuan

 

E-Jawab

 

E-Jawab dibangunkan oleh Unit Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor untuk diguna pakai oleh semua Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Johor. Melaui e-Jawab rakyat boleh memberi sebarang aduan, penghargaan, pertanyaan berkenaan dengan Jabatan Mufti Johor atau bertanya mengenai kemusykilan agama. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya perlu membuat pilihan samada aduan, pertanyaan atau sebagainya kepada jabatan yang dikehendaki.

Carta Alir e-Jawab


E-Fatwa

 

E-Fatwa dibangunkan oleh JAKIM untuk diguna pakai oleh semua Jabatan-jabatan Mufti di Malaysia. Merupakan satu medium bagi rakyat untuk membuat rujukan berkenaan fatwa-fatwa kebangsaan atau mengikut negeri-negeri yang dikehendaki. Bagi rakyat Johor khususnya, anda boleh merujuk kepada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jabtan Mufti Johor. Pengguna hanya perlu memilih fatwa negeri yang dikehendaki kemudian membuat carian fatwa mengikut kategori.

Carta Alir e-Fatwa


SMPP (Sistem Permohonan Pelajar Praktikal)

 

SMPP dibangunkan oleh Unit Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor, yang boleh diguna pakai oleh semua Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Johor. Merupakan satu medium bagi pelajar-pelajar membuat permohonan untuk melakukan latihan industri atau latihan praktikal di Jabatan Mufti Johor. Keputusan permohonan juga boleh disemak melalui sistem tersebut dalam masa 7 hari bekerja selepas permohonan di lakukan.

Carta Alir SMPP


E-Library

 

E-Library merupakan sistem pengurusan perpustakaan yang dibangunkan oleh Unit Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor, yang boleh diguna pakai oleh semua Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Johor. Melalui E-Library pengguna dapat membuat pinjaman buku secara online. Peminjaman buku melalui E-Library di Jabatan Mufti Johor adalah terhad kepada kakitangan Jabatan Mufti Johor dan Jabatan Agama Johor sahaja.

Carta Alir E-Libraray


ELatihan

 

Sistem Maklumat Pengurusan Latihan Negeri Johor ini adalah satu platform untuk kakitangan awam Negeri Johor memohon pelbagai kursus yang ditawarkan oleh agensi-agensi dari Negeri Johor.

Carta Alir elatihan



Apa itu RSS?

 

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Kerajaan Negeri Johor dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor dengan lebih pantas dan berkesan.

 

Melalui RSS ini juga?

 

Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak:
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)
  • Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai negeri Johor dengan lebih cepat dan berkesan
  • Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini
Masukkan pautan ini di dalam kotak tersebut. Pautan http://mufti.johor.gov.my.

 

Bagaimana menggunakannya?

 

Menerusi browser:

 

Anda memerlukan akaun Google untuk menggunakan RSS Reader secara online ini. Jika belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar sebagai pengguna melalui pautan Google Accounts. Jika anda sudah mempunyai akaun Google, sila layari pautan Google Reader untuk login akaun anda. Kemudian, tekan butang di atas sebelah kiri. Masukkan pautan ini di dalam kotak tersebut. Pautan http://mufti.johor.gov.my/site/rss2.0/. Anda sudah selesai melanggan RSS Portal Rasmi Jabatan Mufti Johor. Jika terdapat berita terbaru yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Jabatan Mufti Johor, berita tersebut akan dipaparkan melalui Google Reader anda.