logo-mufti

Bahagian Khidmat Pengurusan

 


Unit Kewangan


- Bertanggungjawab kepada Mufti dan Ketua Bahagian Pentadbiran.
- Memproses dan menyediakan perubahan gaji berkomputer ( Borang A ) bagi semua pegawai dan kakitangan sebagaimana berikut :

                 
  1. Lantikan pertama;
  2.              
  3. Pelepasan jawatan/perletakan jawatan;
  4.            
  5. Pertukaran;
  6.                      
  7. Menduduki/keluar kuarters;
  8.              
  9. Pelarasan gaji;
  10.              
  11. Elaun tanggung kerja/memangku;
  12.            
  13. Elaun-elaun tidak berpencen;
  14.            
  15. Pergerakan gaji;
  16.            
  17. Persaraan;
  18.              
  19. Naik pangkat;
  20.            
  21. Cuti separuh gaji/tanpa gaji;
  22.            
  23. Ganjaran;
  24.            
  25. Semua potongan Biro Angkasa seperti cukai pendapatan, tabung haji, KWSP, koperasi dll.
  26.          

- Menguruskan hal ehwal gaji pegawai dan kakitangan.
- Menyediakan baucer tuntutan perjalanan pegawai dan kakitangan.
- Menyelenggara rekod pendapatan dalam Kew. 18.
- Menyediakan borang Cukai Pendapatan melalui borang EC.
- Menyediakan Sijil Gaji Akhir.
- Menerima dan merekod bil-bil, menyedia baucer bayaran, merekod dalam Buku Vot dan hantar baucer ke Perbendaharaan.
- Membuat Pesanan Kerajaan, mengeluarkan Waran Kapalterbang dan membuat tempahan tempat penginapan.
- Menerima bayaran / hasil, mengeluarkan resit dan merekodkannya dalam Buku Tunai.
- Memasukkan hasil ke bank, menyelenggara resit dan penyata pemugut dan membuat penyata hasil bulanan.
- Membuat semakan dan menyelenggara filmsy perbendaharaan.
- Menyelenggara Akaun Panjar Wang Runcit.
- Membantu Ketua Bahagian membuat bajet tahunan.
- Membantu proses pelarasan dan pemindahan gaji sekiranya terdapat perubahan struktur gaji kakitangan awam.


Unit Pentadbiran


- Bertanggungjawab kepada Mufti dan Ketua bahagian Pentadbiran;
- Mendaftar, membuka dan menyelenggara sistem fail Jabatan;
- Menerima surat-surat, memasukkan ke dalam fail dan mengedarkan kepada pegawai bagi tindakan.
- Menguruskan pengesahan dalam jawatan, kemasukan ke jawatan berpencen, pemangkuan, kenaikan pangkat dan urusan persaraan;
- Membantu mengurus penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Laporan Penilaian Prestasi, Penilaian Tahap Kecekapan, anjakan gaji dan anugerah perkhidmatan cemerlang;
- Menyelenggara pergerakan dan penyimpanan fail;
- Membuat dispatch surat-surat;
- Menguruskan semua jenis permohonan dan kelulusan cuti;
- Menyelenggara dan mengemaskini Rekod Perkhidmatan dan Cuti;
- Menyelenggara data maklumat HRMIS;
- Menguruskan semua permohonan pinjaman seperti pinjaman perumahan, komputer, kenderaan dan tambang haji;
- Membantu menyediakan perakuan anugerah bintang dan pingat;
- Menyimpan pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan Kerajaan;
- Mengelola urusan latihan dalaman ( anjuran Jabatan ) dan latihan anjuran pihak luar bagi pegawai dan kakitangan Jabatan; &
- Membantu urusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan permohonan memasuki peperiksaan Jabatan.



Unit Perolehan Dan Mesyuarat


- Menguruskan stor jabatan yang mengandungi bekalan pejabat dan alat tulis seperti menyimpan dengan selamat, mengemaskini, susun atur dan kebersihan;
- Merekod permohonan dan pengeluaran barang-barang;
- Menyelenggara rekod harta modal dalam borang-borang / Kad Kew.312, 312A & 313 dan Buku Kew. 314 & 315;
- Merekod dan menyediakan nombor inventori kepada semua harta modal dan peralatan jabatan;
- Membantu membuat verifikasi stok, pelupusan dan hapus kira;
- Membantu urusetia kerja-kerja tender dan sebutharga;
- Menyelenggara perjalanan sistem Kad Perakam Waktu;
- Menyediakan kad individu ( kad kuning, hijau dan merah );
- Menyediakan borang-borang laporan dan merekodkannya ( Borang B1, B2 dan B3 );
- Bertanggungjawab menyediakan jamuan mesyuarat, jamuan untuk tetamu, hadiah dan cenderahati; &
- Bertanggungjawab menjaga kebersihan pejabat termasuk bilik Air, penggunaan api dan air jabatan.