logo-mufti

Bahagian Falak

 

Unit Falak Syar’ie


- Unit Falak adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

     
  • Menyediakan takwim Islam dan Miladi, waktu solat, waktu berbuka puasa, imsak Ramadhan serta cuti am bagi Negeri Johor.
  •  
  • Menyediakan dan membuat kiraan data-data rukyah, membuat cerapan hilal bagi menentukan awal bulan hijrah dan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Rukyah Negeri Johor dan Kebangsaan.
  •  
  • Menentukan tarikh peristiwa sambutan perayaan Islam seperti Maal Hijrah, Hari Asyura, Maulidur Rasul, Isra’ Mikraj, Nisfu Sya’ban dan sebagainya.
  •  
  • Menyediakan data-data peristiwa berlakunya gerhana matahari dan bulan dan menetapkan tempoh berlakunya gerhana bagi kegunaan solat gerhana Negeri Johor.
  •  
  • Menyediakan dan menentukan tarikh berlakunya peristiwa Istiwa’ Al-Ka’bah.
  •  
  • Tempat rujukan penentuan perbezaan tarikh Miladi ke Hijrah, Hijrah ke Miladi dan menentukan sesuatu peristiwa seperti tarikh kelahiran, kematian, perkahwinan serta menentukan dokumen-dokumen rasmi yang dipohon oleh agensi-agensi kerajaan dan orang perseorangan.
  •  
  • Menentu dan mengesahkan arah kiblat bagi pembinaan masjid, surau dan tanah perkuburan dan menyemak arah kiblat kepada masjid-masjid dan surau-surau yang sedia ada sekiranya diperlukan.
  •  
  • Urusetia kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Johor da menyediakan data-data rukyah awal Ramadhan, Syawal, Zulhijjah dan melaporkan kepada Sohibus Samahah Mufti untuk disembah maklum kepada DYMM Sultan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dan juga kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Kebangsaan, JAKIM.
  •  
  • Menyediakan buku-buku panduan yang berhubung dengan arah kiblat, waktu solat, penentuan puasa dan hari raya, penentuan awal bulan Islam, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya.
  •  
  • Mengadakan penerangan dan taklimat berhubung dengan penentuan arah kiblat, waktu solat, kaedah rukyah kepada Pegawai Agama, Imam, Bilal, Noja dan masyarakat dalam negeri Johor.